bersamaan 1/5/2013 hari pekerja.aku dengan member aku ride pusing2 kedah blah kubu kuat PAS..syok sangat..konvoi moto dan kereta banyak..balik tu aku berpecah dengan member aku..dia balik rumah dia kat pendang..aku terus menghala ke kuala nerang melalui jalan sungai tiang..tiba2 je aku terjumpak geng konvoi BN..aku nak overtake tapi jalan sempit..last2 sangkut tengah2 konvoi.haha..yang tak boleh blah tu aku pacak bendera PAS kat moto..so aku sorang2 jela dok dalam konvoi tu guna bendera PAS..hati kering..buat tak tau ja.nasib baik la depa tak buat apa2 kat aku.haha...ni ada sikit gambaq aku pi ronda tu..layan~
Sepanjang Perjalanan
hidup untuk mencari..bukan hanya menanti..
Wednesday, 1 May 2013
Monday, 21 January 2013
dakwah itu kepelbagaian
| ride masuk siam.berenti solat zohor di masjid putra kangar. salah 1 dakwah la kiranya.hi..hi |
Monday, 2 April 2012
Robot atau manusia??
tadi aku keluar lunch kat star prade..aku keluar sorang-sorang je.saja aku keluar awal sebab tak mau sesak bila orang lain pun keluar lunch..time aku keluar tu suasana ok je..tak ramai orang.tengah-tengah aku dok makan dalam pukul 1.10pm.tiba-tiba je orang penuh kat food court star prade tu.lepas makan aku saja dok lepak sat tunggu orang azan zohor..aku tengok orang ramai ni hidup macam ikot skrip.dah macam robot lak aku tengok..dekat 1.35 orang makin kurang.aku rasa macam tak dak life je masyarakat sekarang..pi keja,balik keja..hurmm...aku sebenarnya tak tau macam mana nak habaq..nak mudah hampa dengar lagu dawud wharnsby tajuk the people in the boxes.kita sekarang ni hidup mcm dok dalam kotak.buat je kerja dalam kotak tu dan tak cuba untuk keluar dari kotak tu..kita ni bukan nak mencari dunia semata-mata.kita nak cari akhirat jugak..kalau asyik kejar dunia smpai akhirat tak fikir memang masalah..ingat sahabat-sahabat.dunia ni hanya sementara.dunia ni tempat kita kumpul segala amalan untuk kita bawak pi akhirat sana..jangan hanya kejar dunia.tapi kejarlah dunia untuk akhirat..
*tiba-tiba rasa sebak :(
*tiba-tiba rasa sebak :(
Friday, 2 March 2012
Main lap sambil zikrulmaut
di petang yang hening, aku dengan kawan aku budak moto ni pi pedu. saja pi usha-usha jalan sambil main lap..lap kat jalan nak pi pedu tu punya la dasyat sampai taya blakang moto aku lari. dah la pakai taya kenda ja. jatuh naya oi..haha.. kat sini aku nak nasihatkan anak-anak muda supaya bawak moto dengan cermat. walaupun aku baru skali je jatuh moto, tapi aku dah serik dah..huhu..meh aku tunjuk sikit gambar-gambar aku pi pedu tu..enjoys~
![]() |
| member aku |
![]() |
| entrance pedu lake resort |
![]() |
| indahnya ciptaanAllah |
![]() |
![]() |
| jalan nak pi pedu |
![]() |
| mancing best ni |
![]() |
| lap la puas-puas.haha.. |
Jom pi Siam!!!..
Siam merupakan negara yang paling dekat dengan negara kita. so disebabkan dah dekat, aku dengan kawan-kawan pun masuk la siam dengan hanya membuat boarder pass.hehe... 1st time masuk, kawan aku cakap kalau penjaga imegresen siam tu angkat buat macam 1 malaysia tu tandanya dia mintak RM1 kat kita. tapi alhamdulillah la aku tak kena. sep la sikit duit aku.hahaha...bila dah masuk, keadaan di siam tak dak la beza mana pun. cuma signboard je dalam bahasa siam. moto-moto siam pun cun jugak. comel-comel.. jadi aku tak mau bebel panjang, aku pun pi la ronda-ronda. singgah beli baju pebret aku. baju mini cooper. murah je..RM10..kalau kat malaysia mungkin RM25..jersi kat sana pun RM10. kalau nak buat bisnes pun ok gak kan?.kawan aku budak padang besaq bawak aku pi supermarket kat siam ni ha. suka betul aku kat supermarket tu. jual barang-barang yang aku minat.huhu...fikir punya fikir, last-last aku pun angkat la 1 barang yang aku suka tu..RM41..besi semua.hohoho...bila nak balik je, baru terfikir nak bok keluaq macam mana. member aku ni dia pi beli beras timbang. dia mintak barang aku tu dan dia boh dalam beras supaya kastam chek tak jumpak.genius-genius~.hehe...kami pun boleh keluaq dengan aman sambil senyum-senyum manja kat kastam tu
| baru je masuk tros bergambar |
| signboard?? |
| comey dak? |
| pewaris raja siam |
| supermarket paling aku suka :P |
![]() |
| hahaha...ni la barang dalam beras tu |
Generasi pewaris Al-Quran
jam 5.30 pagi, aku dengan family bangun dan bersiap untuk pergi ke MASDAR (ma'had tahfiz sains darul muttaqin) sebab ada pogram sambutan maulidur rasul. sambil tu aku tolong mak aku jual-jual apa yang patut. sekolah tu baru je ambil budak-budak, so yang ada kat situ semua form 1 jela. apa yang menarik pasai sekolah tu, depa kat sana menekankan konsep pewaris generasi Al-Quran. depa didik pelajar dengan memahami Al-Quran dan serapkan nilai-nilai Al-Quran dalam diri depa..so ada la sikit forum yang disampaikan oleh para ahli panel yang sempoi-sempoi.sorang dari indonesia, penceramah bebas lulusan al-azhar dan lagi imam masjid putra putrajaya. jugak lulusan al-azhar. yang menarik dan pelik tu, aku yang serba tak cukup tidoq ni boleh segaq bila dengaq depa bagi ceramah. yela, dulu dok skolah agama kat perlis dok dengaq la benda-benda macam ni. tapi bila dah keluaq, aku rasa dahagakan majlis-majlis camni pulak..so aku pun hayati setakat yang aku mampu sebab aku ngantok yaamat..apa yang aku dapat, ahli panel si imam tu cakap, ciri-ciri generasi pewaris Al-Quran ni ada 5..tapi aku terlupa natang pa.haha...so sorry..macam-macam lagi la yang best kat sana walaupun lunch aku tak sempat nak makan sebab orang kampung tibai licin lauk..kat sini aku nak habaq, walau senakal mana pun kita ni, cuba tingkatkan diri dari semua segi. jangan jadi macam aku ni ha. dok 5 tahun skolah agama. tapi tak ambik mutiara-mutiara kat sana. bila dah keluaq, mula rasa menyesal...wallahualam~
Subscribe to:
Comments (Atom)

































